Friday, August 28, 2009

Peluang Pendapatan

Dibelenggu masalah kewangan?
Dibebani hutang yang banyak?
Mempunyai impian yang besar?
Ingin memiliki kereta & rumah idaman?
Ingin melancong?
Tiada wang untuk menyambung pelajaran?
Ingin mengerjakan umrah dan haji?
Tiada pekerjaan tetap?
Gaji terlalu rendah?
Tiada simpanan bank?
Kalau macam ini, bila boleh jadi kaya?

Jus Mate 5 Produk Ajaib
Syarikat yang kukuh dan berdaya saing
Hasil kajian pakar, Doktor Che Rozmey Che Din. Penyelidikan selama 15 tahun dalam bidang perubatan perbidanan, obesiti dan bio-herb
Produk-produk ini telah diakui ramai dengan kebolehannya memberi kesan yang begitu ajaib dan selamat.
Keajaiban produk Dr Rozmey telah tersebar melalui media tempatan seperti di akhbar HARIAN METRO, MAJALAH FAMININ & FAMILY, APPRENTICE, BERITA HARIAN dan internet.
BAGAIMANA ANDA PASTI BERJAYA?
- Pelan pemasaran mudah
- Tiada bayaran pendaftaran
- Keahlian seumur hidup
- Produk ajaib yang di akui ramai
- Tumpuan pakar dalam penyelidikan pembangunan produk secara berterusan
- Produk hasil kajian pakar perubatan terkenal & diiktiraf
- Disokong kuat oleh pakar penyelidik obesiti, Dr Che Rozmey dan Herba Prima Sdn. Bhd.
- Anda usahawan bebas, bekerja mengikut masa anda

PENGIRAAN BONUS TAJAAN





Sebaik sahaja anda sertai kami, anda adalah Pengedar A

Jika Pengedar A menaja pengedar baru, maka downlinenya adalah Generasi 1 (anak)
Pengedar baru yang ditaja oleh Generasi 1 (anak) pula akan jadi Generasi 2 (cucu) kepada Pengedar A.
Bonus tajaan untuk Generasi 1(anak) ialah RM 30.00 sekotak Bonus tajaan untuk Generasi 2 (cucu) ialah RM 10.00 sekotak
Untuk mengambil bonus tajaan downline, penaja (pengedar A) wajib membuat belian peribadi RM 450 pada setiap bulan. Syarat ini wajib dipatuhi untuk mendapat bonus tajaan
Contoh Pengiraan:
Jika pengedar A menaja 30 orang pengedar (B)dan setiap seorang pengedar B pula menaja 30 orang pengedar (C) maka contoh pengiraan bonus adalah seperti berikut;
Bonus A =[30 x RM 90.00] (Bonus Generasi 1/ anak) + [30 x30 x RM 30.00] (bonus Generasi 2/ cucu)
RM 29,700 Bonus tajaan sebulan

Testimoni



MAZLIWATI (Bai)




















Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.
1. Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.
2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.
3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.
4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.
5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.
6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.
7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rozmey atas formula jus diet yang hebat ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zuriati Mohamed kerana melaluinya saya dapat mencapai impian saya untuk kembali mendapat bentuk badan yang lebih ideal.
8. Terima kasih sekali lagi buat warga Dr. Rozmey dan warga Herba Prima Marketing serta semua ahli-ahli dan pengedar HPM. Semoga impian kita menjadi insan yang sihat dan anggun tercapai.
Wassalam.

PENGASAS




Dr. Che Rozmey Che Din

Ijazah perubatan (MD) USM 1993
Sarjana Perubatan (M.MED O & G) USM 1999
Diploma Farmakologi (2001)
Jawatan: C.E.O Jitra Specialist Centre Sdn.Bhd
C.E.O Jitra Medical Centre Sdn. Bhd.
C.E.O Herba Prima Marketing Sdn Bhd.
Kronologi Produk HPM
Penyelidikan dan ujian makmal bermula pada Jun 2003 oleh Dr. Rozmey dengan kerjasama Prof. Dr. Hj Abdullah Shukri.
Ujian Klinikal pada testimoni secara sukarela (Pesakit Dr. Rozmey & Orang awam) bermula pada September 2005
Produk pertama (JDM5, DR-II dan ESPRESSO –XY) dipasaran terbuka pada Disember 2006.
Akan menyusul nanti, JUS FEMININE –XX, HHH- BRAIN BOOSTER dan BANYAK..!!! produk ajaib ciptaan Dr. Rozmey…NANTIKAN..!!!!!!

Soalan Lazim

Soalan: Adakah perut akan memulas-mulas jika mengambil JUS MATE 5 ini?
Jawapan: Tidak, anda tidak akan merasa sakit perut memulas. Apa yang anda rasa adalah macam biasa sahaja dan selesa.

Soalan: Bagaimana lemak di buang?
Jawapan: Lemak-lemak dalam badan kita akan dibuang dalam bentuk tenaga. Setiap orang memerlukan jumlah tenaga yang berlainan mengikut berat badan, jantina dan umur masing-masing. Contohnya seorang wanita dewasa, berat badan 80kg, aktiviti harian dalam kategori sederhana aktif, tenaga yang diperlukan olehnya dalam sehari ialah 2400kcal. Pengguna Jus Diet Mate 5 ditekankan untuk mengambil makanan dengan jumlah tenaga sehari 1000kcal sahaja. Jadi, tenaga selebihnya iaitu 1400kcal akan diambil dari lemak-lemak yang terkumpul di dalam badan. Begitulah bagaimana ianya berfungsi menyingkirkan lemak.

Soalan: Bagaimanakah ianya berfungsi mengenyangkan?
Jawapan: Jus Diet Mate 5 (JDM5) yang diambil pada tengahari mula menjalankan tugasnya. Ia akan mula mengaktifkan sel-sel untuk menukar gula kepada tenaga dan memecah lemak kepada tenaga. Ia mula aktif merangsang sel-sel otak untuk menghasilkan neurotransmitter serotonin mengubah rasa lapar dan tabiat pemakanan anda. Guar Gum dan Soy Protein menjadikan perut anda ketat dan kenyang.


SOAL JAWAB BERSAMA DOKTOR

Soalan: Saya berat 82kg, tinggi 154 kerja guru, boleh tak bagi menu yang saya boleh amal sebab mengajar ni penat, lepas ngajar rasa lapar selalu, saya sarapan pagi dengan mee sup setiap pagi dan nescafe ais , berapa kalori dah semua tu.
Jawapan:Had berat maksima puan utk BMI yang normal adalah 56kg. Berat badan yang ideal adalah 52kg. Sekarang BMI puan 35.5. Dr cadangkan Puan ambil 2 kali sehari JDM , untuk menggantikan makan tengah hari dan sebelum tidur. Ambil sarapan dan makan malam separuh daripada biasa. Pastikan puan akan rasa kenyang, bertenaga, dan tak suka makan, seterusnya akan mengalami penurunan berat badan . Dr target Puan akan dapat menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Selamat mencuba

Soalan:Bolehkah JDM5 di ambil selepas makan nasi?
Jawapan:Pertama sekali Puan perlu mengurangkan pengambilan kalori. Seterusnya gantikan dengan makanan yang rendah lemak, protein dan karbohidrat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pastikan tiada pengambilan kalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JDM5 kerana ia akan mengganggu proses pembakaran lemak oleh JDM5.

TOPIK : Pengambilan JM5 sebelum tidur

Soalan:Bolehkah JDM5 di ambil sebelum tidur untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengambil JDM5 pada waktu tengah hari?
Jawapan:Boleh. JDM5 membantu proses pembakaran lemak walaupon semasa tidur. Yang penting kawal pengambilan kalori dan jenis makanan yang diambil. Namun untuk kesan yang terbaik adalah pengambilan pada waktu tengah hari.

Soalan: Salam... nak tanya la, saya dah mkn sebulan dan skrg masuk kotak ke 2... tapi np tak kurus2 pun...berat dalam 70kg...peraturan ikut mcm yang doc suh... nasi langsung tak sentuh...skrg tgh berpuasa, sahur amik jdm, berbuke sup sayur mangkuk kecik... tapi... huhu
Jawapan: Mereka yg sukar turun berat bukan sahaja disebabkan kalori lebihan,..dlm kes begini walaupun kalori sudah dikurangkan dan JDM diambil utk tingkatkan metabolisma dan pembakaran lemak,..lemak tidak mampu di bakar / dihancurkan kerana ia dihalang oleh faktor halagan seperti
1. kerosakan sel akibat sudah mengamal pil langsing berkimia,..
2. kesan ubatan steroid , pil kesuburan, pil perancang dan kesan negetif lain yg telah doc bincangkan .
Namun jika penguna sanggup hya ambil plain water + JDM 2X + sedikit buah + sedikit sayur=pasti badan anda mampu utk di didik dan menerima JDM utk membakar lemak. kejayaan penguna yg alami kes begini sudah byk.

TOPIK : JDM5 Untuk Ibu Selepas Bersalin?

Soalan: Salam.... ingin bertanya :
1) Boleh ke saya menggunakan JDM5 slps bersalin, bilakah waktu yang sesuai untuk menggunakannya (hari yang ke berapa)?
2) Apabila menggunakan JDM5, masih blh menyusukan bayi ke?
3) Jika di dlm pantang saya mengambil jamu, blh ke saya mengambil JDM5 ? Tolong bagitau hari yang keberapa boleh ambil JDM5 slps bersalin.? Terima kasih....
Jawapan: Ibu menyusu selamat mengamal JDM utk ibu dan bayi,..minum air extra sedikit , dan bykkan buahan dan sayuran Terdapat byk jenis jamu,..jamu yg terdapat phytoestrogen, vitamin akan merangsang selera makan, dan menyimpang air,..kesan halangan jamu , berbeza ,..dr syorkan pengguna fokus kepada perkara yg paling utama,..jika mereka sudah pasti, jenis yg sukar berat turun ,..jgn campurkan amalan JDM dgn apa jua jenis amalan yg lain,...sekiranya mereka mendapat kesan penurunan yg bagus dgn JDM, dan amalan mengambil jamu tidak membantut penurunan berat oleh JDM,..boleh teruskan keduanya...JDM boleh diamalkan selepas 2 minggu bersalin. 30% susu ibu bertambah dan selebihnya normal. 1% di secrete kedlm susu ibu,..kesan kepada bayi menyusu adalah tidak bahaya dan berlaku pada 1-3% kes ibu yg menyusu yg amalkan JDM byk minum air dan plain water .

TOPIK : Pengambilan Jus Mate 5 Untuk Penghidap Gastrik

Soalan: Doc..ini soalan lazim yg di tanya oleh pengguna jus mate 5 , boleh terangkan cara pengambilan dan tips khusus untuk penghidap gastrik..terima kasih..
Jawapan:Bagi pengguna yg alami gastrik,..mereka kena terus amalkan ubat gastrik, ambil dgn air kosong,.seperti biasa,..biasanya di permulaan , gastrik akan terasa ,..ini disebabkan perut kosong dan asid tidak di neutralkan oleh makanan...namun HCA dlm JDM mampu menyediakan lapisan pelindung pareital sel gastrik daripada serangan asid dan mengurangkan jumlah asid tg dirembes,...bila perubahan sudah berlaku, gastik akan berkurang...dan hilang,..

TOPIK : JDM5 Untuk Kanak2 Bawah 12 Tahun

Soalan: Salam Doc, ada sorang customer dia nak bg m5 ni pada anak dia yg baru berusia 12thn tp berat 75kg dgn ukurlilit pinggang 36inc.. Camner cara terbaik untuk dia doc?
Ada sorang lg ni bminat nak cuba m5 tp dia ada penyakit RA (atheresis). Dia amek ubat hospital 2 x sehari tp ubat tu buat selera mkn dia bertambah. Jadi macamana m5 ni boleh bantu dia? urgent reply.. TQ
Jawapan: Utk mereka yg berumur 8 tahun keatas , dpt dan berat badan antara 55 ke 80 kg boleh amalkan 1X sehari,..jika umur 10 tahun keatas berat melebihi 100 kg boleh amal 1 atau 2 kali sehari bergantung pada penurunan berat,..ibubapa diharap dpt menjaga pemakanan anak -anak supaya jumlah kalori yg diambil berkurang,..mereka boleh kurang kan 1/2 makan setiap waktu dan ambil JDM waktu malam sebelum tidur atau lebih aktif seperti program utk org dewasa. Pesakit OA , RA boleh mengambil JDM formula biasa,..

TOPIK : Mate 5 Special Edition Untuk Gout

Soalan: Doc.. adakah yg special formula ni sesuai di ambil oleh mereka yang takde msalah gout jugak? atau mmg khusus utk org yg ada gout sajer.. sya ada ctmer yg pernah diet with high protin tp lepas tu ada msalah sakit kaki or sendi tak tak sure gout atau tak..adakah jdm with special formula ni boleh di ambil atau ambil jdm yg biasa saje? thks doc.
Jawapan: Sekitar 10% pesakit gout terdapat kekurangan enzim dlm kitar "phenyketuria' . aspartame boleh mengurangkan kecekapan enzim yg terlibat. Namun dlm JDM aspartame bukan aktif ingredient (0.01%), just utk beri rasa manis. Jika aspartame terdedah kepada 10% pesakit Gout yg terdedah.hanya sebilangan kecil 2-3 % yg mungkin alami peningkatan uric acid. Untuk memastikan tiada pesakit Gout mendapat kesan "uric Acid" , dr telah gantikan dgn pemanis lain,..yg kurang sedikat rasa manisnya.

TOPIK : JDM5 Untuk Pesakit Buah Pinggang

Soalan: Salam doc.. saya ingin bertanya adakah jdm5 sesuai digunakan untuk pesakit buah pinggang yang tidak kronik dan belum sampai ke tahap homeodylisis.. utk pengetahuan doc..berat badannye 80kg..adakah dia perlu mengambil 2 sachet sehari..
Jawapan: JDM selamat utk mereka yg alami sakit buah pinggang,...namun tahap penurasan (GFR) mestilah > 50 % utk memastikan tiada beban extra kepada buah pinggang utk mengbuang segala sisa terhasil daripada proses pembakaran lemak,.

TOPIK : JDM5 Untuk Pesakit Darah Tinggi

Soalan: Salam doc.. Ramai Costumer yg tanya...
1) Pesakit darah tinggi boleh amik tak JDM5?
2) Macam mana JDM5 nie berfungsi bagi pesakit darah tinggi?
3) Cara pengambilan JDM5 dan ubat hospital? thanks doc
Jawapan: Pengidap darah tinggi adalah elok amalkan JDM5 yg boleh menurunkan darah tinggi. Ubatan darah tinggi pada awalnya terus diamal seperti biasa , dan pesakit kena regular check tekanan darah,..sekiranya darah tinggi sudah normal,..bolehlah kurangkan dose atau stop. Ambil ubat darah sebelum 2 jam ambil JDM dgn palin water JDM menurunkan darah dgn
1. mengurangkan periperal resistant.
2. Membuang toxin yg bahaya dari dalam usus
3. Mengurangkan kadar tindakbalas cortisol
4. mengurangkan pre / post load utk jantungkurangkan kolestrol ini

TOPIK : Sembelit

Soalan: Salam semua..... Sejak pengambilan JDM5, saya mengalami sembelit & jarang ke toilet kecuali buang air kecil dek kerna minum air dlm 3 hingga 4 liter sehari... sebelum ni saya memng x de masalah pergi toilet.... selalunya 2 kali sehari. sebaik bangun pagi dan selepas mkn.... saya rasa x selesa.. bila x pergi toilet..... saya minum byk air putih n makan byk sayur dlm breakfast
Jawapan: Dlm pengamalan JDM, penguna mula mengurangkan makan, ini menyebabkan pergerakan usus lambat / sembelit. Jus Mate 5 mengandungi guar gum sejenis fiber yg boleh membantu merawat sembelit dan masalah usus yg lain.Teruskan amal makan sayur dan buahan spt betik / pisang ,.dan dlm masa yg sama kurangkan makanan berkalori jenis kaborhidrat spt nasi, roti, oat atau mee,...biasanya usus anda akan mula biasa dgn corak pemakanan yg baru,..dan guar gum dlm JDM 5 membantu merawat / mempercepatkan hilang sembelit yg pn alami,.. Pn harus faham , sembelit yg dialami disebabkan pertukaran cara / jenis makan,..bukan kerana JDM 5

TOPIK : Diabetes

Soalan: Salam.. doc.. ada kastemer..dia ada diebetes..dan mmg mengikuti program diet ngan dr pakar kat hospital...but berat badan tetap tak turun...kalau dia amik jdm5 dan terus makan ubat kencing manis dia tu...boleh ke doc? dan bagaimana cara dia nak amik...kene selang beberapa jam dgn ubat hospital?
Jawapan: Pesakit yg mengalami DM ada dua jenis:
1. Insuliin dependant
2. Insulin resistant ..testimoni JDM memberi khabar gembira ,.dpt bantu kedua golongan pesakit ini utk kontrol tahap gula dlm darah. Pesakit DM dan gemuk ada kemungkinan tinggi utk sembuh sepenuhnya dgn pengamalan JDM,.terutama jika dia mampu dpt berat ideal.
Secara ringkas JDM mengurangkan sel lemak yg menjadi halangan utk isulin bertindak. bahan asab seperti l-carnitine, guar gum dan HCA dlm garcinia / supercitrimax mampu mengaktifkan insulin receptor pada target organ dan stimulat b-cell pada kelenjar pancreas mengeluarkan lebih insulin.
Doc nasihatkan mereka yg ambil pil oral hypoglycemia, agar lakukan blood test RBS lebih kerap,..pada waktu petang jika tahap gula normal (4-6.8 mmol) , penguna tidak lagi perlu ambil ubat tersebut. Sekiranya tahap gula normal , mereka boleh berhenti ambil ubat.Utk mereka yg mengambil insulin,.kemungkinan perlu mengurangkan dos insulin yg diambil.

TOPIK : Obesiti, IUCD, Masalah Haid & Sakit Jantung

Soalan: Diambil dari email kepada doktor..Selamat pagi Dr. nama saya Pn.Thareesa a/p Prak Chum saya amat tertarik dgn produk Dr akan tetapi saya amat takut untuk mencuba dgn begitu sahaja tanpa bertanyakan pendapat drpd Dr sendiri kerana sebelum ini ketika remaja saya pernah mengambil ubat diet dari sebuah klinik apabila berhenti berat badan naik secara mendadak,saya kini berusia 29thn berumah tangga mempunyai 2 orang cahaya mata saya berbadan besar sejak kecil dgn keberatan maksimum 90kg ketika usia 19thn tiada masalah kitaran haid tetapi setelah melahir kan anak kedua utk perancangan keluarga saya telah memasang IUCD di LPPKN(KL)selepas itu kitaran haid tidak menentu,berat badan meningkat mendadak ke tahap maksimum 118kg dan terus tiada haid saya mengambil rawatan dpd GHKL setelag macam-macam pil diberi utk mensatbilkan hormon tetapi masih tiada haid sekarang saya dinasihatkan utk mengambil pil perancang Yasmin dan saya telah keluarkan IUCD selepas habis set pertama(sekarang set kedua)saya telah dtg haid semula.
Sekiranya saya ingin mencuba produk Jus Diet Mate 5 apakah ia akan memberi apa-apa kesan jangka panjang terutama kitaran haid kerana ubat yg saya ambil dulu saya rasa jantung berdebar(ibu saya mempunyai penyakit jantung) dan apabila berhenti mangambil berat badan makin meningkat begitu juga nafsu makan kian bertambah.Saya amat berminat malah kami 3 beradik mempunyai masalah yg sama iaitu Obesiti dan sekarang saya di timpa masalah baru iaitu sakit kaki yang teramat sangat,saya amat berharap Dr boleh beri jawapannya secepat mungkin kerana setelah sekian lama saya rasa tidak terdaya dan tidak bersemangat tetapi setelah mengikuti perkembangan serta kejayaan Dr melalui beberapa orang pesakit saya kini kembali bersemangat utk mencuba harapan baru ini dan semoga Dr dpt memberi nasihat cara pengambilan serta kuantiti yang perlu diambil jus tersebut dgn betul.
Jawapan: Masalah pn timbul akibat gemuk...sekiranya kegemukan pn dpt pn atasi,..pasti setiap masalah pn akan sembuh,..JDM adalah JUS DIET yg paling berkesan,...amalkan dan ikut nasihat dr,..pn pasti mendapat manafaat...

TOPIK : Masalah Angin Dalam Badan - boleh Consume Mate5 Ke?

Soalan: Salam Dr.Saya pernah mengambil herba**** -->"weight management" product berasaskan soya. walaupun berat badan turun, tetapi selepas sebulan setengah menggunakan produk tersebut, saya dapati badan saya "bloated" kerana angin.
Saya diarahkan oleh doktor pakar di tmpt saya untuk berhenti mengambil produk tersebut kerana produk tersebut berasaskan kekacang --> punca masalah angin dalam badan saya. Untuk makluman doktor, saya masih mengalami masalah angin tetapi tidaklah seteruk semasa saya mengambil herba**** dulu.
Bolehkah saya mengamalkan Mate5? Adakah apa-apa aturan pemakanan Mate5 untuk client-client yang mempunyai masalah angin dalam badan spt saya?
Bolehkah Mate5 membantu mengurangkan masalah angin dalam badan? Untuk makluman doktor, berat badan saya ialah 79 kg dengan tinggi 155cm. Terima kasih atas perhatian dari Tuan Doktor.
Jawapan: Guar gum didlm JDM merawat sembelit , kembong atau 'bloated abdomen'. Pn amalkan JDM dan byk ambil sayuran. Doc ada testimoni yg mengalami sembelit dan kembong yg 100 % sembuh after ambil JDM 1 kotak pada Jan 2007. Doc pernah ketengahkan isu ini di majalah popular misteri isu Sep 07.

TOPIK : Masalah Pigmentation Sebab Hormon Boleh Ambil DR-II Untuk Atasi dan Masalah Keguguran Rambut Ada Kesan Daripada Pengambilan JDM5

Soalan: Doc, ada customer naniey tye dia kena x amik jdm sbb berat dia 60 kg dan tinggi 165 cm , lpas tu,dia ada pigmentation tp disebabkan hormon. sbb dulu dia nye period non stop..bleeding,dia dpt rawatan hospital,hospital masukkan hormon lelaki untuk stop bleeding.so,now dia dah x lgsg period lps tu smpai skrg..dia nak ambik DR-II,ada effect x?leh ke DR-II bantu pigmentation sbb hormone tu? so,pigmentation disbbkan hormon akan krg la klu guna DR II? sorg lg customer ada problem rambut gugur yang byk,x normal,so JDM ada kesan x pada rambut gugur dia nanti?
Jawapan: BMi dia normal..tapi boleh ambik utk kempes perut.. boleh ambik dr2...dlm majoriti kes...pudar...tak..ada kesan pd rambut gugur..


Dari Dr Rozmey, Pakar Penyelidik Obesiti/ Pakar Sakit Puan, CEO HPM /CEO JMC

Monday, August 10, 2009

JUSMATE 5

JUSMATE 5

Ramuan-Ramuan Utama Jus Diet Mate 5:

1. Garcinia Cambogia (HCA)
Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembetukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.



Kebaikan Garcinia Cambogia:
Berkesan mengurangkan berat badan
Menghalang selera makan
Menghalang pembentukan lemak
Mengurang kolesterol
Menambahkan tenaga
HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.


2. Hoodia Gardoni









Kebaikan Hoodia Gardoni:

Mengurangkan selera (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!!)
Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
Memberi tenaga tambahan
Semulajadi dan selamat untuk diamalkan

3. Guar Gum



Merupakan juga ramuan yang diperkaya dengan fiber.



Kebaikan Guar Gum:

Memberi rasa kenyang
Bertindak baik bagi mencuci usus
Membuang lemak, glukos dan racun dari usus
Menyihatkan usus
Menyihatkan jantung
Mengatasi masalah stroke

4. L-Carnitine



Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.


Kebaikan L-Carnitine:
Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida

5. Inulin
Satu ramuan yang diperkayakan dengan fiber daripada buah-buahan. Rasa yang manis tetapi tidak diserap kedalam badan.

Kebaikan L-Carnitine:
Bagus untuk kencing manis
Memberi tenaga tambahan

Meningkatkan kadar metabolisme badan

6. Soy Protein



Soy protein adalah sumber daripada protein lengkap tanpa kolesterol menggantikan protein haiwan.

Kebaikan L-Carnitine:
Ramuan tanpa kolesterol

Bagus untuk penjagaan jantung

Soy protein melancarkan kitar haid dan kesuburan wanita

Cara Penyediaan


Diet 1 (Berat kurang dari 90 kg)
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Tengahari (1- 2.30 pm) : Tidak mengambil makanan tengahari, Gantikan dengan JDM5
Petang(6-8.00 pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.

Diet 2 (Berat lebih dari 90 kg)
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Tengahari (1- 2.30 pm) : Tidak mengambil makanan tengahari, Gantikan dengan JDM5
Petang(6-8.00 pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam : Ambil JDM5 sebelum tidur

Diet 3 (Untuk mereka yang ingin kempiskan perut buncit)
Sarapan Pagi : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Tengahari (1- 2.30 pm) : Ambil separuh dari Pemakanan biasa
Petang(6-8.00 pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.
Malam : Ambil JDM5 sebelum tidur

Peringatan :
1. Campurkan serbuk Mate5 dengan 400- 500 ml air sejuk dalam bekas/shaker goncang dan JDM5 sedia diminum.
2. Pastikan tidak makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum/3 jam selepas minum JDM5
3. Minum air extra 500 ml ke 1000 ml sehari,untuk sel-sel berada dalam keadaan aktif